Monday, 12 November 2012

NOVEMBER RAIN

Sudah balik dari Florence ^_^.

Hasil rembatan? Dapat seketul Furla dan seketul lagi Prada. Wah!! Riak kau abelin??  Relax2, bukan nak riak cuma nak berkongsi cerita je. Abelin ni kan suka bercerita.. kalau tak suka.. takde dee nak tulis entry dalam blog sedangkan sekarang ni tengah mengantuk sangat-sangat.


Lepas ni setahun tak shopping bag.
Kalo shopping gak, memang mengundang kemiskinan tegar.

Tak tau la kenapa, semenjak dua menjak ni abelin selalu sangat dilanda keletihan tahap the max. Nak bernapas pun kadang-kala semput dan tak lepas dari mulut. Tadi timbang berat turun sekilo. Alaaa kasimmm.. ntah bila laa berat nak naik ni.

Oklah, tinggalkan kisah berat yang entah terhapa-hapa ni. Buat tekanan perasaan je bila lihat dadaku sudah tinggal tulang. Makan tak berselera apa pun takde keteringinan nak makan. Abelin syak ini semua kerana perubahan musim. Tengah-tengah Autumn ni abelin memang kurang daya ketahanan badan. 


Eh! Korang.. abelin nak cerita ni.

Abelin sebenarnya tengah tension tahap terhapa. Weii.. itu pun nak cerita ker? Hiks.. tak peduli. Ini gegara update melalui phone so agak kesukaran sikit nak menaip. Screen kocik sangat. Tension betol nak mengupdate entry. Tekan butang ni keluar benda lain, tekan kotak ini, kotak sana pula yang keluar. 

Adohaiii.... tension kan? Asal tension je mula laa fikir nak shopping. Oleh kerana dah shopping semalam maka arini silalah redho tengok gambar shopping je la ye.

Gambar kat atas ketika abelin berada di Barberino Outlet di Florance. Macam-macam ada. Dari berjenama terkenal, luar biasa hingga tak pernah dengar pun ada. Cuma siapkan duit yang banyak dan selamat menjamu mata dan menipiskan wang di poket. 

Eh! Sebenarnyakan abelin nak cerita pasal pokok christmas di atas. 

Christmas Tree in November. Awalkan decoration menyambut Christmas dibuat. Seriously abelin dah terasa kemeriahan Christmas disini. Sana sini melambak pokok Christmas fake. Dengan hiasan lampu lip lap memang mengagomkan. Abelin sebenarnya tak sabar untuk merasai semula pengalaman berebut pokok Christmas dengan Italian sama seperti tahun lepas. Berebut? Sangat tatahan hiks. Rasanya abelin ada cerita dalam entry abelin sebelum ni. That was my 1st experience. Awesome!! 

Bukanlah Abelin berebut pokok Christmas maka bermakna Abelin sambut Christmas ya. Eh! Takde laa. Saja suka-suka nak berebut dengan Italian ni dalam memilih pokok Christmas yang betol dan betul punya. Seronok tau pengalaman ini dimana bukan semua orang berpeluang melaluinya 

Tengah bergambar, tetiba hujan turun. Suddenly lagu November Rain by Gun N' Roses terlintas di fikiran. 

That was special song.

4 comments:

Rasp said...

untung u sis...
pengalaman lain yang lain....

Annie Han Yeon Rin said...

Sis Rasp,

Kalau cakap bab 'untung' memang terasa untung sebab dapat collect pengalaman lain dari yang lain tapi kalau cakap bab tak untung tu pulak.. adohaiii sedih.. sebab jauh dari keluarga dan saudara mara...

lagi haibat.. jauh dari makanan sedap ^_^

norh said...

semakin kurus la abelin..

Annie Han Yeon Rin said...

Sis norh,

Tak berapa lalu nak makan....

Followers