Wednesday, 8 October 2014

RENGSA!!!


Kalau dulu; 

Jenis bahan bacaan pembaca limited kepada surat khabar dan buku berilmiah. Walaupun seringkali 'disogokkan' dengan pepatah 'membaca jambatan ilmu' tetapi ada juga dikalangan kita yang malas membaca ekoran kekurangan bahan bacaan yang menarik perhatian untuk ditelaah dan dihadam.

Tapi sekarang;

Sudah terlalu banyak lambakan bahan bacaan yang boleh di baca oleh beberapa golongan masyarakat. Baik buku ilmiah, novel-novel, majalah dan bahan bacaan ringan yang lain. Dan dengan kepelbagaian bahan bacaan ini menarik minat kalangan orang-orang untuk lebih gemar membaca tambahan pula terlalu banyak novel-novel cinta dipasaran yang berjaya menarik hati golongan muda yang dahagakan kisah-kisah fairytale.

Apa yang aku nak cakapkan ini bukanlah mengenai fairytale di dalam sesetengah novel kerana pada aku; fairytale ada dimana-mana minda manusia yang sukakan kebahagiaan dan ketenangan di dalam kehidupan.  Siapa je yang tidak pernah berangan dan memasang angan-angan indah? Ada bukan? Ke aku sorang je yang suka berangan-angan nak kawin dengan anak orang kaya, yang mempunyai kereta sport doplohampat juta biji dan mempunyai maid yang ada disekeliling pinggang? Tukang pakai kasut lain, tukang pakai baju lain, tukang pakai suar lain, tukar mandikan lain.. pendek kata.. berangan mempunyai kehidupan di dalam fairytale tidak salah.

Dan it's FREE of CHARGE!

Kebanyakkan novel yang aku 'terrrrbaca' kebanyakkannya fairytale melampau.  Ok! itu tidak mengapa seperti yang aku cakap.. tidak mengapa... kalau fairytale yang sederhana tidak mengapa. Fairytale ada dimana-mana.  Cumanya, kalau fairytale yang melampau-lampau memang aku tak boleh nak hadam.  Aku ada terrbaca dua tiga jenis novel yang macam 'sampah'! Eh! layakkah aku menggelarkan naskah orang lain as 'sampah? Opss.. memang tidak layak tapi aku berbicara mengikut apa yang aku nampak sebagai seorang pembaca.  Yes! Pembaca. 

Sampah didalam kontek pembacaan aku dan minda aku adalah ;

1. Asyik-asyik intipati novel kawin paksa, kalau tak kawin paksa mesti terlibat di dalam perjanjian/kontrak then kendian kena kawin.  Lepas tu bila dah kena kawin paksa boleh jatuh cinta. Helooo... apakah semua ni? 

2. Kau melempiaskan rasa berahi di dalam penulisan kau dengan create adegan somi isteri yang melampau-lampau.  Nak sweet tak sweet, nak angan tak angau.  Pendek kata lebih kepada light porno.  Maniskah novel melayu mempunyai adegan yang melampau-lampau demi menzahirkan rasa berahi suami terhadap isteri? Bayangkan kalau budak baru nak amik PMR/SPM yang baca? Mohon bayangkan. Heloo.. ini bukan nobel English ya... 

3. Kau menggambarkan kekayaan hero sampai ke langit ke 7, kau gambarkan kecantikkan heroin dan kekacakkan hero seumpama terlalu kacak, terlalu cantik, terlalu kaya yang pada aku mahu menzahirkan kekayaan, kecantikkan, kekacakkan, kecomelan, kepandaian watak-watak di dalam nobel kau tidak salah tetapi berpada-pada.. tapi kalau dah semua hebat-hebat belaka.. aku pun tak boleh nak hadam "wah!! kaya giler 100 keturunan tak abis makan si polan itu". Logik akal please. 

Ok. Aku dapat fikir tiga saja.  Aku peminat novel dan aku memang addicted dengan novel-novel yang mempunyai susunan ayat yang teratur dan jalan cerita yang sweet. Tapi kini, susah mahu mencari novel yang mempunyai isipati yang mempunyai genre romantik berilmiah dan mempunyai pengajaran.

Yang ada pun: RENGSA!
Bertambah rengsa bila ada penulis menggunakan POV 1.

Read : Point of View.


Thanks reading.

Sunday, 21 September 2014

COPYKAT??


Sejak balik ni, ramai kawan-kawan abelin minta abelin tengok rancangan 'kelahiran' Astro yang dikatakan tengah meletop-letop sekarang ni.  

Yer, Akademi Fantasia.

Sama seperti dulu perasaan Abelin terhadap rancangan ini.  Dull! kalau dulu terbukalah sedikit mata abelin ni ketika AF 3 yang Mawi sebagai juara.. namun kini, setelah bertahun-tahun, hati dan perasaan ini masih tidak terbuka untuk menonton rancangan realiti tesebut walaupun dimomokkan dengan jejaka-jejaka hot dan cute buat cuci mata.

Ah!! Hako tak layan anak hekan please... hahahaha

Abelin bukan nak komen rancangan tesebut.  Gila kau nak aku komen? nanti tak pepasal nama naik kat Astro nanti kang sebab mengkondem rancangan tersebut.  Bila dah kena panggil, haruslah ada sessi interbiu kan?? Bila dah kena interbiu .. haruslah masuk tibi kan?  Bila dah masuk tibi.. wajiblah femes emes kan?? Bila dah femes... ramailah menggelupur tidak puas hati hahahaha

** Berangan tak salah**

Satu je Abelin nak cerita pasal Akedemi Fantasia ini... Ini rancangan berkonsepkan mencari penyanyi yang mempunyai identiti tersendiri ke atau mencari penyanyi bilik karaoke yang hanya pandai 'klon' penyanyi asal??

Apa ni hoiii.... cari identiti tersendiri boleh tak??? Kalaulah semua pelajar kekal meniru identiti penyanyi asal.. abelin yakin lepas keluar akedemi pasti akan ada yang tenggelam tak timbul-timbul...

Copykat!! 




Kegedikkan dalam bergambar adalah identiti abelin sendiri.  
Tidak pernah kopykat sesapa puun.. ini original youuolsss....


#Gambar tidak ada kena mengena dengan cerita tapi tetap nak kaitkan walaupun sedikit




Thanks for reading.

MAMAK OOO MAMAK.....


Ini cerita semalam.



Semalam Abelin bersarapan pagi di salah sebuah restoran mamak 24 jam yang terkenal dengan kelazatan roti canai yang tiada bandingan.  Itu kata-kata masyarakat disekeliling Abelin la kan. Abelin ni kan pantang orang cakap makanan itu sedap, makanan ini sedap maka kuteraikan jua.   Maka, moh la kita mencuba kesedapan roti canai tersebut.

Umum mengetahui.  Kalau disebut kedai mamak mesti service yang tip top! Pantas dan cepat.  Order yang dibuat.. minit ke 10 makanan dan minuman yang dipesan sudah sampai.  So, sentimen kecepatan kedai mamak itu telah sebati di dalam kepala otak abelin dari dulu sehingga kini walaupun peratusan abelin melangkah kaki ke kedai mamak adalah 2 kali dalam tempoh sebulan.  Nampak bukan?? Betapa abelin kurang menggemari makanan yang berunsurkan kari mari ini.

Namun, kisah semalam.  Kisah di kedai mamak yang terkenal dengan roti canai yang meletopsszz ini telah membuka mata sepet abelin ni.  Membuka bahawa tidak semua benda yang kita dah 'marked' bagus akan bagus selamanya.

Contoh tak urban : Jangan ingat abelin yang kurus semasa kat Rome akan kekal kurus semasa balik Malaysia hehehehe.. Salahhhh beb! sejak balik Malaysia ni abelin telah naik 10kg angkara kedai-kedai makanan yang maha melambak dengan pilihan makanan yang pelbagai.. demmyuh makanan.. ihetyuh!!

Ok.. sambung cerita.  

Sebelum abelin ambil order, 'rasanya' ada satu keluarga ini telah order terlebih dahulu dari abelin. Selepas tu baru abelin order.  Ku sangkakan minit ke 10 abelin akan dapat makanan dan minuman seperti yang digembar gemburkan kepantasan service mamak ini, namun abelin silap.  Sehingga ke minit 30 masih belum menerima apa-apa makanan dan minuman.  Korang bayangkan.. sedangkan abelin yang baru order 30 minit sudah hangin inikan pulak keluarga sebelum abelin yang abelin percaya telah order lama dari itu.  Hellooo.... setakat roti canai dan air milo je kot kan.. apsal amik masa sampai setengah jam masih tak sampai-sampai pesanan.  Bila mamak tersebut menghantar pesanan ke meja mereka.. relek je brader tu bangun dan ajak semua ahli keluarga pergi dari situ.  Just a minutes makanan hampir sampai.  

Abelin rasa ini wajar di lakukan.  Pengajaran buat mamak tersebut supaya jangan main-mainkan hati orang yang sedang lapar.  Tambahan masa yang digunakan selama lebih setengah jam untuk beberapa keping roti canai dan gelas teh tarik/milo.  berbaloikan menunggu?? sedangkan pelanggan tidak ramai ketika itu... 

Nampak tak? Disini Abelin ingin bold kan.  Everything can changed within a minutes....

So moral of the story.. Jangan taksub dengan perubahan diri sendiri kerana tidak semestinya kita akan kekal begitu... kalau kekal pun, pasti ada riak dalam hati.  Like mamak ni lah.... bajet orang akan 'pandang sebelah mata' kesilapan lambat hantar pesanan ekoran rekod baik selama ni... tapi nan hado hoiii.... buat silap skit je orang akan ingat bertahun-tahun...




Thanks for reading.

Wednesday, 17 September 2014

TEH JAHE MERAH.. NYAMAN!!


Ini teh obat, Teh Jahe Merah atau dalam bahasa melayunya Teh Halia.  Kemain lagi aku menulis obat instead of ubat khen... Saja je nak beritau uols yang iols tau berbahasa indonesia.  Keren amat dong!! hahahaha.. padahal baru je belajar ni... kekwat!!



Biasalah kan kalo dah nama teh ubat maka tagline dia kenalah yang menunjukkan perobatan tradisional gituk... "Rasakan Nikmatnya, Buktikan Khasiatnya.." Hebat tak? Gempak tak? Memang gempak uols segempak rasanya uhuk uhuk.. rasa nak termontah.. mungkin sebab abelin tak berapa gemarkan rasa halia kan sebab tu rasa dia bikin mengundang amarah berskala besar hahaha

Motif sangat ko nak marah berskala besar?? Minum teh je kot.. ikut sangat perangai baran ko kan abelin.. ikut!!  Ok laa.. sebenarnya teh ni diberi oleh roomate abelin yang baru balik dari pekan baru. Beliau kata Teh ini sangat cocok untuk buang angin dalam badan.  Memandangkan badan abelin ni berangin... sampai nak marah orang sana sini maka abelin kena la cuba.. lets try bebeh!! walaupun masa bancuh pun dah terasa nak terbelahak muntah tapi ku tahankan jua... 

Rasa dia memang la rasa ubat kan.. dah nama pun teh ubat but rasanya memang bagus la teh ni.  Tak sampai setengah jam minum, abelin dah rasa keberkesanannya....


Ku terkentut-kentut tanpa batasan ,.... 

Friday, 12 September 2014

BARANGAN SULIT!



Ini namanya gambar promote dirik sendiri. Ketika kejadian gambar ini di ambil, sedang minum caramel latte yang sangat tidak sedap dan tidak kena dengan tekak aku hahaha.. Al-maklumlah bukan pencinta caffeine kan. Tapi tetap menggedik nak minum coffee... 


Yang abelin nak promote bukanlah gambar abelin sebenarnya tapi skill abelin mengedit gambar. Yes, abelin terasa seperti seorang yang berseni sangat kerana telah pandai mengedit gambar menjadikan gambar diri sendiri cun melecun dengan mempunyai kesan blur-blur yang sangat cantik pada pandangan mata aku la bukan pada pandangan mata kau. Padahal.............. guna Instagram hahahaha. 

Hari itu adalah kawan abelin tanya, "Eh! abelin nampak mulus sangat wajahmu di dalam instagram.. guna produk apakah?" 

Maka Abelin pun menjawab "Tak pakai produk apa nyah... air semayang saja penyeri wajahku."

Syiallllll!! 

Katanya kepadaku.  Kan dah dapat syial sebijik.  Kemain beliau menyialkan abelin tau. Apa dia ingat Abelin ni tak solat ke? Tak berwuduk ke? Salah ke Abelin menjawab begitu? Salah ke? Salahkah ku bila.. menyintaimu sepenuh hati... sedangku tahu pasti.. keluarga tak merestui.....

Gitue... kata hatiku hahahaha....

Ok. Lupakan kesengalan abelin.  Topik utama cerita abelin hari ini adalah mengenai sesetengah peniaga untuk mempromosikan barangan mereka.  Baik peniaga online atau peniaga offline masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk mempromosikan produk atau barangan yang diniagakan. Sebenarnyakan kalau kena cara promosi tu memang akan meninggalkan kesan di dalam hati pengguna dan seterusnya berhasrat ingin mencuba produk yang dijualkan.

Tapikan... tapi.. kalau promosi berbunyi begini....


Letak dalam FB (Gambar wasap antara penjual dan pembeli: bukti yang produk berkesan)


Pembeli : Hi yunk... ahkak nak kasitau ni yang sejak akak makan produk adik,  somi ahkak puji payudara ahkak dah beso belon...tegang dan syedap pegang! Ponggong dah kenyal dan montoksss, babat-babat semua dah ilang tau..."

Penjual : "eiii sukeeenyeeeeee..... Gud job kak... Gud Job!!"

ATAU

"Tahan lama... panjang berjela-jela!!  produk turun temurun yang bertahan begitu lama.. Suami suka, isteri tersenyum mesra... belilah produk tahan lama... panjang berjela-jela...."

Ini contoh ya.  Contoh promosi yang banyak digunapakai masa sekarang. 
Good job... Good job!!
Tetiba aku malu nak mengaku jadi perempuan...
Tetiba aku segan nak baca promosi tersebut
Tetiba aku rasa cara dia promote tu macam memalukan kaum sejenis
Nape eyhh.. hahahahaha

Hello.. dia promote produk dia kot.. sukati dia la kan? Yer.. aku tau. Tapi dia bukan saja promote barang dia tapi promote barangan sulit yang menjadi 'rahsia' kaum perempuan.  Biarpun produk yang di promosikan ada kena mengena mengenai barangan sulit itu tapi ada cara lain yang boleh digunapakai kan? Yang lebih sopan dan lebih berkesan.  Perlu ke cerita hal dalam kain??

Eh kee aku ni je yang tidak sporting ek?? Tidak terbuka?
Apa-apa je la.. pada aku.. kalau melibatkan barangan sulit yang dibincangkan secara terbuka
Aku is malu... 



Thanks reading.


Thursday, 11 September 2014

AMANAH YANG PERLU DIPEGANG


Ini permata hati Abelin. Amanah yang dikurniakan oleh  Allah S.W.T untuk Abelin jaga, didik dan beri sepenuh kasih sayang tidak berbelah bahagi. Manusia marhaen zaman sekarang memang kufur nikmat.  Bila diberi kesenangan mudah lupa diri.  Harga sebuah kesenangan adalah kesibukkan.  Bila dah senang mudah melupakan apa sahaja amanah yang diperuntukkan kepada kita.  Bukan nak cakap orang lain la.. abelin pun kadang kala melupakan amanah yang telah diberikan kepada abelin untuk abelin jaga dan pelihara. 

Bila bercakap tentang amanah, kita selalu ingat amanah itu adalah benda mudah.  Pekara-pekara besar je yang wajib kita jaga amanah sedangkan dari sebesar-besar pekara sehingga sekecil-kecil pekara, bila di amanahkan untuk jaga maka wajib kita jaga. Amanah merupakan satu pekara yang sangat penting dalam kehidupan manusia dimana semua memainkan peranan yang penting.  Salah satu darinya adalah urusan kehiduopan yang mesti dipelihara dan dikawal tanpa dicemari oleh unsur-unsur yang merosakkan. 
  
Rasulallah s.w.a bersabda : " Tiada iman pada orang yang tidak menunaikan amanah; dan tiada agama pada orang yang tidak menunaikan janji." (Ahmad dan Ibnu Hibban)




Tapikan... ramai beno manusia yang tak bertanggungjawab sekarang ni kan? Berita terbaru adalah kebocoran soalan UPSR Sains dan BI. Teman rapat Abelin,  Cikgu Eman Sufi sangat-sangat kecewa la dengan berita ini.  Ye la korang.. dia cikgu yang menjalankan amanah yang dipertanggngjawabkan sekali bila berita begini keluar.. kredibiliti sebagai seorang pendidik tercemarlah kan.  Walaupun bukan dia yang buat tapi tetap dia sentapss...

Haihlah!! dah la tak amanah... saiko pulak tu..

Tuesday, 9 September 2014

CANTIK ITU PINJAMAN...


Dua tiga hari ni Abelin rajin komplen dengan diri sendiri..

#Kau dah gemok Abelin
#Kau dah legam dah Abelin
#Baju kau dah tak muat dah Abelin
#Shape dah lari dah Abelin...

Shape, gemok, berat badan!!

Korang nampak tak?  Betapa gigih Abelin bebel kat diri sendiri semata-mata kerana kecantikkan. Perempuan ni kan memang tak dapat lari kan dari issue kecantikkan, kesempurnaan, dan gaya. Biasalah.. tak cantik tak perempuan laa.. kalau comot je camanenye la ye..

Semenjak balik ni memang abelin tak berapa nak tengok alat penimbang.  Alaat penimbang pun dah tak kenal camane rupa bentuknya hehehe.. Al-maklumlah, Malaysia kan syurga doniya... dengan macam-macam makanan ada.  Balik pulak musim raya memang cantik sangatlah! Open house melambak kena hadir. RSVP sepanjang minggu memang untuk rumah terbuka sajalah...

Apa yang abelin nak cakap ni bukanlah mengenai kecantikkan semata-mata.  Ini mengenai keazaman kita menuju ke arah perubahan.  Apa usaha kita untuk berubah dan apa cara yang kita gunakan untuk melakukan perubahan.  Gituee...  Kalau setakat berubah luaran, dalaman masih dull tak guna jugakkan.  

Perubahan ini bukan bersifat fizikal dan luaran semata-mata.. tetapi mesti dimulakan dari dalam hati. Contoh kau nak kurus.. kenalah hati dan otak tu set jangan makan banyak.. kemudian diperhalusi lagi dengan latihan senaman atau latikan fizikal yang lain. Umpama kau kata kau nak berubah perangai, fizikal dan rohani lah kan... dari yang jahat kepada yang baik.. berubah kearah yang lebih bagus.  So ko kena mulakan dari dalam. Jangan dengki, jangan kianat, jangan busuk hati... Jangan orang senang kau kedengki, kau keji.. bila orang susah, kau ketawa dekah-dekah puas hati.  Tak molekkan?? Pendek kata semua tu kita kena buang jauh-jauh.  Kena ubah betul-betul. Barulah nampak perubahan yang lahir dari diri kita tu terpancor-pancor ke muka.  

Kalau tak.. serupalah kau pakai tudung labuh sapu lantai tapi lepak kelab malam.. Gituee.... Apa-apa pun mesti bermula dari hati barulah keputusannya mengancam!




Thanks reading.

Followers